NICOLE WONG BIDAS SIKAP DAP BERMAIN POLITIK DAKWA KKM PENGARUHI KEPUTUSAN ADAKAN SIDANG PARLIMEN SEHARI SAHAJA

Ketua Pemuda MCA Bidas Sikap DAP Cuba Politikkan Sidang Parlimen Dan Saranan KKM

 

“Dap lagi? Mengapa DAP, PH hanya tahu memainkan politik sahaja dan tidak mementingkan keselamatan rakyat” – Nicole Wong

Menurut Nicole sikap bermain politik oleh DAP semasa negara sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid19 adalah sangat tidak wajar. Beliau membidas kenyataan Lim Kit Siang yang terlalu mendesak penjelasan daripada Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia yang didakwanya campurtangan dalam menentukan berapa lama Parlimen boleh bersidang. 

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, pihaknya hanya berperanan memberi nasihat  kepada kerajaan berhubung situasi semasa Covid19 dan KKM tidak mencampuri urusan Parlimen. Tiada sebab untuk Kit Siang membuat tuduhan melulu terhadap Noor Hisham jika ia membabitkan bukan sahaja keselamatan rakyat malah keselamatan Ahli Parlimen yang dijangkakan akan bersidang pada 18 Mei 2020.

Keberanian Nicole membidas veteran politik seperti Kit Siang merupakan tindakan berani yang dilakukan kerana memikirkan keadaan wabak yang masih belum pulih. Sebagai seorang yang mewakili Anak Muda, Nicole berani menyuarakan pandangannya dan meletakkan dirinya sebagai ‘Tembok’ menghalang serangan berbaur politik teehadap mereka yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, Pakatan Harapan banyak mempersoalkan tindakan kerajaan yang menangguhkan peridangan parlimen yang sepatutnya diadakan pada Mac lepas. Pandemik Covid19 yang menyerang negara pula membuatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak teesebut namun PH cuba bermain sentimen politik untuk menampakkan kelemahan kerajaan. Desakan Kit Siang bukan sehari dua malah didalam ciapan twitrer miliknya, beliau jelas menampakkan betapa DAP begitu terdesak selepas tumbangnya Pakatan Harapan pada akhir Februari lepas. Apa sebenarnya agenda mereka disebalik dakwaan kononnya mereka ‘Menjuarai’ Rakyat semasa PKP masih dikuatkuasakan?

Tidakkah Lim Kit Siang berasa malu apabila seorang Anak Muda seperti Nicole jauh lebih matang dalam memikirkan nyawa rakyat daripada kelangsungan politik parti? Ketua Pemuda MCA memberi banyak contoh yang sewajarnya difikirkan oleh veteran politik seperti Kit Siang.

NICOLE BERTEMU SITI ZAILAH

MCA sewajarnya berbangga mereka mempunyai seorang Ketua Pemuda yang konsisten dalam isu membabitkan rakyat malah sikap rendah diri Nicole terserlah ketika beliau menemui Timbalan Menteri  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bagi menjernihkan salahfaham berkaitan satu isu. Tindakan membidas DAP dan PH yang dibuat Nicole bertepatan sebagai peringatan kepada mereka sekarang bukanlah masa untuk mempolitikkan cadangan yang diberikan KKM untuk keselamatan semua pihak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker