QATAR DERMA USD50 JUTA UNTUK PROGRAM PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA, KEMANA PAKATAN HARAPAN SALURKAN?

 

Dana Bantuan Untuk Pelarian Rohingya Dari Qatar, Kemana Disalurkan Pakatan Harapan



 

Kontroversi Pelarian Rohingya hangat diperkatakan minggu ini. Segalanya bermula dari penyebaran sepucuk surat dari MERHROM minggu lepas membawa kepada gelombang kemarahan rakyat Malaysia terhadap tuntutan yang dicadangkan oleh Presiden MERHROM.

Bagaimanapun carian netizen mengenai pelarian menemukan satu pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dengan YM Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani di Emiri Diwan Coniche, Doha. TPM sendiri menaikmuat ucapan terimakasih untuk sumbangan USD50 juta dari kerajaan Qatar untuk program pelarian Rohingya dilaman media sosial miliknya pada 25 November 2018.

Nilai USD50juta bersamaan RM400 juta adalah amaun yang besar bagi membantu pelarian Rohingya. Adakah wang tersebut telah disalurkan Pakatan Harapan untuk membantu pelarian Rohingya dengan telus? Melengkapkan persoalan kemana wang tersebut dibelanjakan membuka lembaran baru apabila pemimpin dalam Pakatan Harapan dilihat kedepan dalam isu Rohingya kebelakangan ini. Apakah ada kaitan dana tersebut dengan PH?



Jika Pakatan Harapan benar-benar telus, sepatutnya Wan Azizah menjelaskan kemana dana sumbangan kerajaan Qatar telah dibelanjakan bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia. Menurut laporan sebuah portal akhbar, pelarian Rohingya sanggup membayar sehingga Rm15,000 bagi membolehkan mereka sampai ke Malaysia. Sindiket dikenali sebagai ‘Dallal’ dibongkar apabila pihak berkuasa berjaya menahan beberapa individu yang juga berketurunan Rohingya dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut.

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan kisah penahanan ‘Long Tiger’ yang dipercayai berketurunan Rohingya. Dikatakan beliau menaikmuat video mencabar pihak tertentu dengan ugutan. ‘Long Tiger’ juga dikatakan menaikkan kemarahan netizen apabila turut menyentuh isu agama Islam dan dikatakan turut mempunyai kes rogol yang masih dalam siasatan. Lebih mengejutkan beliau turut memiliki MyKas (kad khas untuk bukan warganegara dan perlu diperbaharui setiap 5tahun)  sebagai pengenalan diri.Pelarian Rohingya pula biasanya memiliki kad UNHCR yang menyatakan status mereka sebagai pelarian namun ada dakwaan wujud sindiket pemalsuan kad UNHCR dikalangan pelarian bagi membolehkan mereka menyusup secara haram dan bermastatutin di Malaysia selain menikmati segala kemudahan khusus buat pelarian.

Apa kaitan atau kepentingan seruan pemimpin Pakatan Harapan yang mahu kerajaan Malaysia lebih bertoleransi dalam isu pelarian Rohingya? Alasan kemanusiaan yang dilemparkan sepatutnya tidak menjadi masalah kerana layanan Malaysia untuk pelarian antara yang terbaik. Justeru itu apa sebenarnya niat pemimpin PH mempertahankan pelarian ini walau tahu Malaysia tidak terikat dengan mana mana perjanjian berkaitan pelarian seperti Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967?



Mengapa pemimpin PH beriya-iya dalam isu pelarian Rohingya namun membeku dalam soal pemilikan MyKad palsu oleh warga asing terutama dari China? Isu ini jauh lebih besar kerana melibatkan kedaulatan Malaysia. Malah rakyat Malaysia sudah memulakan desakan terhadap kerajaan agar mengambil langkah mewajibkan pertukaran MyKad bagi mengesan pemalsuan MyKad sekaligus mencari sindiket yang memalsukan dokumen bagi membolehkan negara dibolosi dengan mudah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button