Keputusan MITI Benar Semua Sektor Ekonomi Beroperasi Bakal Jejas Usaha Kekang Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, berkata, keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran semua sektor ekonomi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menjejaskan usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19.

Jelas beliau, Tindakan Menteri kementerian tersebut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ini seolah-olah sudah ada jaminan wabak COVID-19 ini Berjaya dikekang.

“Seharusya beliau tidak mengambil sebarang risiko dan perlu lebih berhati-hati dalam fasa pemulihan ini. Kerajaan perlu mengambil iktibar daripada Singapura yang mana kes positif COVID-19 banyak berpunca daripada pekerja asing di sektor ekonomi dan telah melepasi 15,000 kes iaitu tertinggi di Asia Tenggara.

“Ketika Malaysia melaksanakan PKP bermula 18 Mac lalu, Singapura telah menutup sempadan negaranya pada 22 Mac namun Singapura tidak menutup sepenuhnya sektor ekonomi, sekolah, pejabat, restoran dan sebagainya serta hanya menegaskan keperluan penjarakan sosial.

“Kebanyakan jangkitan di negara itu adalah dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama, sekali gus menjadi kegagalan terbesar Singapura selepas berjaya mengekang penularan COVID-19 pada peringkat awal kerana lambat melaksanakan ‘lockdown’,” ujar dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Najmil yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia berpandangan, sektor ekonomi di Malaysia boleh beroperasi, tetapi tidak pada kapasiti penuh seperti yang diputuskan MITI.
Tegas beliau, kerajaan seharusnya menetapkan waktu operasi untuk kilang pembuatan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kebimbangan utama adalah kebenaran beroperasi untuk sektor ekonomi ini akan mewujudkan gelombang baharu COVID-19, melibatkan pekerja asing kerana golongan ini mendominasi industri perkilangan dan pembuatan.

“Kerajaan dan MITI diharapkan dapat menimbangkan semula kebenaran untuk membenarkan sektor ekonomi beroperasi penuh serta menangguhkan dahulu untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Untuk rekod, Selasa lalu kerajaan memutuskan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika PKP diberi kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada kewajipan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap bagi sektor masing-masing.

Beliau berkata, inisiatif itu akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara. – UMNO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker