Polis tahan empat lelaki leka main judi dalam kedai tomyam

GEORGE TOWN, 3 Mei — Polis menahan empat lelaki yang sedang leka bermain judi daun terup dalam sebuah restoran tomyam di Jelutong, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada pukul 1.20 pagi itu berusia 21 hingga 34 tahun.

“Polis merampas 52 keping daun terup, meja, kerusi serta sejumlah wang tunai daripada mereka,” katanya di sini hari ini.



Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mereka menjadikan premis itu sebagai tempat bermain judi sejak semalam kerana kedai itu baru menjalankan semula perniagaannya.

Empat lelaki itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button