Bekalan Air Di Selangor Kembali Pulih

 

Masalah bekalan air di Selangor kembali pulih pagi ini. Perkara tersebut disahkan Air Selangor menerusi facebook rasmi.

Menerusi hantaran itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Bekalan air di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Langat Pulih Sepenuhnya,” katanya.

Air Selangor juga menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor.

“Maklumat terkini boleh didapati di semua aplikasi iaitu Twitter, FB, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atauP usat Khidmat Bantuan (Help Centre) di aplikasi Air Selangor.

Terdahulu, LRA Sungai Semenyih dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Isnin lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Basri berkata, pencemaran bau itu dikesan jam 11.10 pagi hari berkenaan.

Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ia meliputi Petaling sebanyak 172 kawasan, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Sepanjang tempoh itu, Air Selangor berusaha memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna terjejas menerusi platform digital rasmi dan laman web rasmi.



metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button