Hasrat dua beradik nikah serentak tertunai selepas sebulan tertangguh

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Iy7GquGH-u8[/embedyt]ALOR SETAR, 4 Mei — Hasrat dua beradik untuk bernikah dengan pasangan masing-masing dalam majlis yang sama akhirnya menjadi kenyataan hari ini selepas sebulan tertangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nurul Allia Ezzati Md Lutfi, 26, dengan pasangan Mohd Azran Elyas, 28, dan adiknya Nurul Ainna Md Lutfi, 23, dengan pasangannya Fairuzfaiz Faiq Fairuzi, 23, dinikahkan oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar Syeikh Ahmad Faisol Omar bersama tujuh lagi pasangan lain di Pejabat Agama Daerah Kota Setar, di sini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button