Fathia melondehkan ‘aib’ keluarga

 

Oleh Pena Merah

Fathia melondehkan 'aib' keluarga
BEBERAPA posting terbaharu Fathia Latiff mengundang pertanyaan ramai.

MASIH tidak habis-habis dengan ‘tantrum’ dalam media sosial, Diva sebenarnya kasihankan pelakon Fathia Latiff.

Pada masa sama, sangat rindukan Fathia yang ‘dahulu’. Sangat lemah lembut dan bijak mengatur bicara dengan rakan-rakan media. Tapi, itu semuanya dahulu.



Sekarang, macam-macam pe’el anak kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu.

Selepas cari pasal dengan beberapa rakan artis, Fathia sekarang dikatakan cuba melondehkan ‘aib’ keluarga sendiri pula dengan bercerita tentang perkara yang tidak dapat dipastikan hujung pangkalnya.

Natijah perkongsiannya, sehingga ada yang menebak bahawa satu per satu permasalahan yang ditimbulkannya adalah berakar umbi daripada masalah keluarga.

Segala komen yang menyokong pernyataan di atas boleh dilihat sendiri menerusi hantaran status terbaharu dimuat naik bintang drama Ariana Rose itu dalam Instagram.



Diva malas nak komen lebih kerana sebab bagi Diva, hal keluarga ini adalah perkara yang sangat bersifat peribadi.

Apa pun, Diva doakan semoga Fathia sentiasa berada bawah lindungan Ilahi dan kembali bertemu rentak karier seninya. Sebab Fathia memang berbakat, itu fakta.

Pagi semalam ada juga Mizz Lahar ada tengok ‘live’ Fathia, katanya ‘jet lag’. Dah balik Malaysia agaknya.

-Kosmo Online-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button