Tony Pua dan Rafizi ‘Kembar Raja Formula’ temberang

 

Oleh Pena Merah

Tony Pua dan Rafizi kembar 'Raja Formula' temberang
Puad (kanan) mendakwa Rafizi-Tony sebagai ‘Kembar Raja Formula’. – Foto BH

Susulan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengkritik kepemimpinan UMNO, kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pula tampil menyindir beberapa pemimpin PKR dan DAP.

Mohd Puad dalam kenyataannya, mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, sebagai ‘Kembar Raja Formula’.



Beliau berkata, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal mendapat pengampunan penuh.

“Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal Singh. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim.

“Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang.

“Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena tutup kedai. Tony dan Rafizi kembar Siam formula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tol, turun harga barang dan petrol



“Kini mereka lega kerana Najib terus dipenjara. Bolehlah temberang lagi sebagai ‘Raja Formula 2.0,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. - Foto NSTP
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. – Foto NSTP

Terdahulu, Hassan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan selagi ia dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Dalam perkembangan berkaitan, Hassan menjelaskan, beliau tidak berkecil hati dengan teguran keras oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Sebaliknya beliau berkata, parti itu boleh memecatnya jika menganggap tindakannya bersuara sebagai satu kesalahan.



-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading