Tiada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Arau tahun ini



ARAU, 6 Mei — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Istana Arau, yang lazimnya diadakan setiap tahun di Dataran Majlis, Istana Arau, pada Hari Raya Pertama, tidak akan diadakan tahun ini.

Titah baginda, ia berikutan situasi wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, masih belum dapat dibendung sepenuhnya serta mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan, rakyat jelata.

“Semoga wabak COVID-19 ini akan segera diatasi dan seluruh rakyat diberikan kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT,” titah baginda, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di sini, hari ini.

— BERNAMA





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker