KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 8 MEI 2020 MOT WUJUDKAN PORTAL SISTEM BAGI MEMUDAHKAN PROSES PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG / PERSIARAN

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sentiasa prihatin dan menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta lebih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat pandemik COVID-19. Malah, Kerajaan juga menyedari industri pelancongan antara yang paling terjejas akibat wabak ini.

Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan satu portal ( https://prihatin.mot.gov.my/ ) untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran.

Syarikat Pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan / Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan Malaysia serta mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah layak untuk mengisi butiran pemandu masing-masing di dalam portal ini.

Butiran yang perlu dimuatnaik di dalam portal ini merangkumi maklumat mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu. Syarikat akan diberi masa 2 minggu dari 8 Mei 2020 iaitu tarikh pelancaran portal ini untuk mengisi butiran pemandu.



Setelah butiran pemandu diisi oleh syarikat, senarai pemandu ini akan disaring untuk memenuhi syarat-syarat berikut:

• Pemandu adalah warganegara Malaysia.

• Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancong/Persiaran (mempunyai caruman PERKESO).

• Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
8 MEI 2020

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker