APA SUDAH JADI DENGAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT?

Hebahkan !!!

Pasca Covid19 Dan PKP, Netizen Mula Serang Isu BPN

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengenai Bantuan Prihatin Negara (BPN) dalam pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 billion kini sudah ada rungutan mengenai bantuan tersebut.

Jika diperhatikan dalam media sosial, ramai menaikmuat rungutan kesukaran berurusan selain status kelulusan yang mengelirukan pemohon dipaparkan. Tidak kurang juga ada kalangan netizen membuat sindiran tajam terhadap kerajaan dalam isu ini. Netizen berpendapat platform media sosial adalah landasan terakhir buat mereka mengemukakan persoalan mengenai kekeliruan permohonan dan kejanggalan jawapan apabila cuba memeriksa status permohonan bantuan yang sepatutnya dimudahkan selari dengan slogan Muhyiddin “No One Left Behind” ketika mengumumkan BPN dan pakej rangsangan ekonomi.

Rungutan netizen di media sosial turur mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato Arman Azha. Beliau menyatakan rungutan netizen telah disampaikan kepada pihak yang berkenaan dan meminta semua agar bersabar menanti tindakan yang terbaik dari kerajaan bagi menangani segala kemusykilan dan rungutan berkaitan BPN.

Apa yang diharapkan supaya kerajaan segera menyelesaikan perkara ini secepat mungkin kerana rakyat sudah bersedia untuk kembali ke kehidupan serba baru era pasca covid 19 selepas berdepan dengan PKP hampir 2 bulan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: