Kesihatan mental Hafidz Roshdi OK

Shah Alam: Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, berkongsi mengenai kesihatan mentalnya, yang disahkan dalam keadaan baik.

Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berkata, dia sudah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia.

“Saya dah dapatkan rawatan di Hospital Bahagia sebelum Aidilfitri, dan keputusannya, saya dalam keadaan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Hafidz yang kelihatan susut juga berkongsi mengenai berat badannya yang turun sehingga lima kilogram, namun, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.



“Dalam bulan Ramadan, saya diet sikit. Berat badan badan saya turun dari 70 kilogram ke 65 kilogram. Keadaan kesihatan saya, Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Hafidz dan isteri, Nurul Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk menyelesaikan isu kes lafaz cerai di luar mahkamah, hari ini.

Mahkamah bagaimanapun memberikan tarikh baharu pada 20 Jun untuk teruskan perbicaraan dan akan buat keputusan mengenai lafaz cerai di luar mahkamah itu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker