“ANWAR TIDAK MAMPU JADI PERDANA MENTERI” – PENDEDAHAN MAHATHIR GAMIT PERSOALAN KERJASAMA PAKATAN HARAPAN

Anwar Ibrahim Tidak Mampu Jadi Perdana Menteri

Mengejutkan sekali dalam satu temubual oleh Sinar, Tun Mahathir mendedahkan sebenarnya Anwar Ibrahim belum mampu jadi Perdana Menteri seperti yang sering dilaungkan sebelum ini.

Sedutan dari temubual oleh wartawan –



[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/05/Nabeel-Naqie_20200510_1_001.mp4[/KGVID]

Mahathir ketika ditemui juga masih cuba membawa perspektif Najib Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri Ke-6 sebagai seorang yang ‘bahaya’ berbanding Anwar jika dibandingkan. Sejak sebelum Pru14, Mahathir sering menggunapakai Najib sebagai subjek bagi kepentingan politik beliau dan Pakatan Harapan. Bagaimanapun semakin Mahathir memomokkan rakyat dengan Najib, perkara sebaliknya berlaku selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Pendedahan demi pendedahan kepincangan pentadbiran Pakatan Harapan yang didedahkan di media sosial telah membuka mata rakyat yang kini mula membandingkan usaha BN dan Pakatan Harapan dalam isu isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Untuk wawancara penuh klik SINI -WAWANCARA PENUH

Beliau juga mendedahkan bagaimana tekanan terhadapnya dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pakatan Harapan hingga membawa kepada perletakan jawatannya. Bagaimana pula Mahathir mahu tuding kejatuhan PH berpunca daripada Umno?

Dalam kenyataan bersama Anwar dan Mahathir kelmarin, mereka tidak mengiktiraf kerajaan hari ini sedangkan beliau sendiri sedar segalanya adalah berpunca dari krisis dalaman Pakatan Harapan.



Rakyat perlu menilaikan sendiri sejauh mana Mahathir dan Anwar saling menggunakan kapasiti mereka hanya untuk satu matlamat iaitu mahu menjadi Perdana Menteri. Perebutan antara 2 figura ini sebenarnya tidak disenangi rakyat yang berdepan dengan covid19 dan kini baru mula belajar kehidupan pasca covid19 yang telah menyebabkan kematian manusia hampir seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jika inilah senario politik sebenar dalam kerjasama Mahathir-Anwar-Pakatan Harapan, apalah yang boleh rakyat harapkan daripada mereka selain akan terus menyaksikan drama perebutan kuasa sesama mereka sendiri. Dengan kempen baru Pakatan Harapan yang mahukan mandat rakyat dipulangkan kepada mereka, tanpa mereka sedari mereka (PH) sendiri telah mengkhianati rakyat dengan JANJI MANIFESTO PRU14 yang tidak ditunaikan selama 22 bulan memerintah. Sebaiknya PH hentikan semua desakan dan belajar kembali menjadi pembangkang yang baik.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button