PRK CHINI – DESAS-DESUS CALON, RESPON DAN PARTI BERLEGAR

PRK Chini Dari Perspektif Pengundi

1a

 

 

Respon penduduk –

CHINI, 10 Mei- Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Adam Samat, 41 mendahului senarai nama calon yang disebut-sebut penduduk bakal bertanding
bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan tidak lama lagi.



Menurut sumber, selain Adam ada beberapa nama lain mewakili pelbagai parti turut disebut-sebut akan turut bertanding.

Antaranya ialah Zaid Sidek, Mohd Shahrim Md Zin, Dato Zairul Asmadi Sabies, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dan Mohd Ridzuan Johar.



Bagaimanapun Adam yang memiliki Sijil Tinggi Agama Kuliah Lughah Ad-Din Sultan Abu Bakar,
dilihat berpeluang lebih cerah bertanding atas tiket Barisan Nasional berdasarkan ketokohan yang dimilikinya.

Tambahan pula, Adam, yang merupakan bekas Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), diketahui oleh masyarakat setempat sebagai antara individu kepercayaan Allahyarham Dato Seri Abu Bakar Harun, ADUN Chini yang meninggal dunia pada 8 Mei lalu.

Selain itu, beliau juga disenangi penduduk Chini kerana sikapnya yang mesra, kerap menyantuni masyarakat, mempunyai pengalaman dalam hal parti di samping memiliki latar belakang agama yang baik.

Sumber tersebut bagaimanapun menambah, meskipun ramai disebut sebagai calon berpotensi, namun ia tidak lebih hanya provokasi yang disemarakkan oleh penyokong-penyokong individu dan parti terbabit.


Kata sumber itu lagi, pola pertandingan kali ini juga akan berkemungkinan didominasi oleh calon muda, namun UMNO dan PAS tidak akan menjadikan ia sebagai faktor utama dalam urusan pemilihan calon.

Difahamkan juga, PKR sedang berunding dengan seorang individu generasi kedua Felda Chini yang bergelar usahawan serta berstatus Datuk sebagai wakil calon mereka.

Manakala BERSATU pula masih dalam keadaan keliru sama ada perlu meletakkan calon atau tidak berikutan senario parti yang tersepit antara blok Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu penduduk sekitar Chini yang ditemui juga menyatakan kegembiraan sekiranya Adam diberi kepercayaan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional.

“Saya cukup gembira jika Ustaz Adam akan menjadi YB baru nanti. Beliau berpengalaman, rajin, sederhana dan peramah dengan masyarakat. Sikap yang dimilikik menunjukkan beliau memiliki ciri-ciri sebagai pemimpin, ” kata seorang respondan.

“Saya tidak tengok calon dari parti mana pun, yang saya tengok ialah peribadi individu tersebut. Biarlah YB yang dipilih nanti rajin bertemu rakyat, faham tentang kehidupan peneroka dan felda serta mempunyai peribadi menarik,” kata Dzulkifli Ahmad dari Chini 5.

“Saya sokong jika calon merupakan penduduk yang bermastautin di sini, boleh bercampur gaul dengan masyarakat di sini dan faham selok belok kehidupan peneroka. Susah kalau pilih YB yang bukan duduk di sini, tetapi tiba-tiba datang mencari nama di sini,” ujar Ahmad Sulaiman.

“Ramai yang hilang dari radar bila BN kalah, mereka mencari peluang dengan parti sebelah sana, tapi bila usaha mencari calon bermula, mereka tiba-tiba ditonjolkan kononnya sebagai calon sesuai, saya akan tolak calon sebegini,” ujar Mohd Norhaizad Mustafa, generasi kedua Chini 3.

“Dalam ramai-ramai calon, Ustaz Adam lebih disenangi penduduk sama ada golongan tua atau generasi muda. Dia pun tidak sombong, merendah diri dan kerap kelihatan dalam berbagai program dan aktiviti kemasyarakatan,” kata Aidil Shahrul, anak peneroka Chini Timur.


Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14, Dato Seri Abu Bakar mempertahankan DUN Chini dengan majoriti
4,622 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim calon PAS dan Mohd Razali Ithnain dari PKR.


Dalam pada itu, satu sumber lain yang rapat dengan pimpinan UMNO Bahagian Pekan memberitahu, terdapat juga pihak yang mencadangkan supaya anak sulung Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diberi peluang bertanding pada PRK kali ini.

Mohd Nizar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan menjadi sebutan di kalangan penduduk sebagai antara calon yang berpotensi dan boleh memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya itu nanti.

 

 

 

 

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: