Tottenham bakal beraksi tanpa bimbingan Conte

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri menentang West Ham United tengah malam Isnin selepas menjalani pembedahan pundi hempedu.

Conte kekal di Itali selepas kekalahan 0-1 Tottenham kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, semalam.

“Selepas pemeriksaan rutin sebaik pembedahan di Itali semalam (Rabu), Antonio Conte akan kekal berehat di rumah keluarganya untuk meneruskan proses pemulihan daripada pembedahan pundi hempedu.



“Kesihatan adalah perkara paling penting dan semua di kelab mendoakan kesejahteraannya,” kata Tottenham dalam satu kenyataan.

Pengendali berusia 53 tahun itu terlepas menyaksikan kemenangan 1-0 Tottenham ke atas Manchester City 11 hari lalu selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun dia kelihatan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City hujung minggu lalu, di mana mereka dibelasah 1-4.

Pembantu Conte, Cristian Stellini sekali lagi akan mengambil alih tanggungjawab untuk pasukan utama.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button