Bila Sanusi Nak Raid Yang Di Kedah?

@wadahdaily

Kerajaan Negeri telah menemui satu aktiviti disyaki perlombongan haram nadir bumi di Kampung Sikai, Seri Menanti,Daerah Kuala Pilah. #wadahdaily #kerajaanperpaduan #malaysiamadani #malaysia #mbns #aminuddinharun #kualapilah #pakatanharapan #negerisembilan #menteribesarnegerisembilan #terkini #berita #fyp #viral Sumber video: mbnssteady

♬ original sound – wadah daily – wadah daily

Bila Sanusi Nak Raid Yang Di Kedah?

Minggu lepas dilaporkan MBNS melakukan serbuan ke atas lombong haram yang menjalankan kegiatan melombong nadir bumi.

Serbuan dilakukan di Kampung Sikai Seri Menanti, Kuala Pilah setelah aktiviti haram tersebut mula dikesan pada 16 Mei yang lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata susulan penemuan tersebut, siasatan bersepadu telah dijalankan.

Siasatan dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka.

Siasatan juga turut dibantu oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Berdasarkan pemerhatian secara kasar, kaedah perlombongan yang dijalankan menggunakan proses larut resap in-situ (in-situ leaching)”.

“Kaedah perlombongan yang tidak memerlukan pembukaan kawasan yang besar untuk kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah”.

“Tetapi banyak menggunakan proses kimia”.

“Melalui proses tersebut, cecair bahan kimia iaitu amonium sulfat digunakan untuk melarut resap dan mengekstrak nadir bumi dari dalam tanah”.

Ia dilakukan melalui lubang yang telah digerudi dan disalurkan ke kolam tadahan”.

“Beberapa sampel telah diambil oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka untuk dibuat analisis makmal,” jelas Aminuddin.

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas tindakan yang tegas dan pantas.

Cuma timbul pertanyaan, bila pula Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mahu berrtindak seperti rakan sejawatan beliau di Negeri Sembilan.

Sebagaimana yang kita ketahui, isu perlombongan haram nadir bumi di Kedah bukanlah satu isu yang baharu.

Ianya sudah dikesan sejak beberapa tahun yang lepas.

Namun yang diambil tindakan hanyalah ‘ikan bilis’ dan bukannya ‘ikan jerung’ yang mengaut keuntungan berjuta ringgit hasil aktiviti haram tersebut.

Malah Sanusi dilihat seperti melindungi ‘ikan jerung’ tersebut dengan meluluskan permit perlombongan nadir bumi di Kedah tanpa mengikut SOP yang sepatutnya.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/04/28/kerakusan-sanusi-terhadap-nadir-bumi-mengancam-nyawa-rakyat-kedah/

Apakah hanya kerana mahu mengaut keuntungan segera, Sanusi sanggup mengancam nyawa rakyat Kedah?

 

Bila Sanusi Nak Raid Yang Di Kedah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker