Saddiq tinggalkan Muar, lari ke Iskandar Puteri?

Takut kalah punca Syed Saddiq lari kawasan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Saddiq tinggalkan Muar, lari ke Iskandar Puteri?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akan meninggalkan kerusi Muar pada PRU15 untuk mengisi kekosongan di Parlimen Iskandar Puteri?



Desas-desus mulai kedengaran di Muar, Saddiq akan meletakkan pembantu beliau, Puan ‘S’ sebagai calon Muar. Untuk memastikan kedudukan selaku Presiden MUDA kukuh dalam PRU15, Saddiq dikatakan memilih kawasan baru dan lebih selamat untuknya.

Lebih menarik lagi, Saddiq yang mengkritik pembubaran Parlimen dilakukan pada tahun ini sudah memulakan kempen PRU15 di Muar dengan membentangkan rekod khidmat selama 4 tahun.

Sekiranya benar beliau menolak pembubaran Parlimen, apa keperluan untuk MUDA membuat ceramah Mega yang hanya dihadiri sekitar 100 orang pengundi Sg Balang?

Sikap bermuka Saddiq ini tidak memberi jaminan beliau boleh kekal menang di Muar.



Oleh demikian, Iskandar Puteri dikatakan menjadi pilihan baru untuk Syed Saddiq berdasarkan pola pengundi Parlimen tersebut.

Saddiq tinggalkan Muar, lari ke Iskandar Puteri?

Mengapa Iskandar Puteri? Perlu diingatkan, penyandang Iskandar Puteri, Lim Kit Siang telah mengambil keputusan berundur dari politik dalam Perhimpunan Agung DAP tahun ini. MUDA yang kini bersama Pakatan Harapan perlu diberikan kerusi ‘boleh menang’ dan Iskandar Puteri paling sesuai.

Rekod pada 2018 menunjukkan pecahan kaum di Iskandar Puteri dikuasai Melayu – 46.65%, diikuti Cina 39.79%, India 12.46% dan lain-lain 1.1%.



Jumlah pengundi yang dicatatkan pada 2022 mencecah seramai 532,467 orang.

Pada PRU14, Lim Kit Siang – Pakatan Harapan, memenangi kerusi P162 Iskandar Puteri dengan 80,726 undi mengalahkan calon BN, Jason Teoh yang memperolehi 35,862. Jumlah pengundi berdaftar di Iskandar Puteri (2018) sebanyak 138,299 dan Kit Siang menang dengan majoriti 44,864 undi.

Saddiq tinggalkan Muar, lari ke Iskandar Puteri?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading