Siasat jika Faisal Halim mangsa hooliganisme – Sultan Selangor

Siasat jika Faisal Halim mangsa hooliganisme – Sultan Selangor

Siasat jika Faisal Halim mangsa hooliganisme – Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin (kanan) dan Tengku Amir Shah.

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Istana Alam Shah menerusi kenyataannya memaklumkan, baginda memandang serius terhadap kejadian membabitkan Faisal yang juga pemain kebangsaan.

“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.



“Baginda khuatir jika insiden seperti ini jika tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Facebook Selangor Royal Office, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak




Dalam pada itu, Istana Alam Shah memaklumkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa pihatin dan bimbang susulan kejadian terbaharu berunsur keganasan membabitkan Faisal.

“Baginda selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

“Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Faisal menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini.



Kejadian itu turut disahkan oleh Selangor FC dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. – KOSMO! ONLINE

Siasat jika Faisal Halim mangsa hooliganisme – Sultan Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada cara lain untuk bebaskan Najib – Zahid



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button