Tiga maut, kemalangan dua kereta di WCE

Oleh – Syeikh Baran


Tiga maut, kemalangan dua kereta di WCE
Anggota bomba memadam kebakaran pada salah sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan di KM262.5 WCE dari Sabak Bernam menghala ke Changkat Jering (Arah Utara) dekat Taiping semalam. – Foto JBPM

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 262.5 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Sabak Bernam menghala ke Changkat Jering (Arah Utara) dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden membabitkan kereta jenis Perodua Bezza dan Honda Civic itu pada pukul 11.11 malam.



“Terdapat sembilan mangsa terbabit. Dua mangsa menaiki Perodua Bezza meninggal dunia manakala tiga kanak-kanak cedera.

“Honda Civic dinaiki empat orang dengan seorang meninggal dunia manakala tiga lagi cedera,” katanya di sini hari ini.

Katanya,  mangsa cedera dihantar ke hospital manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi berkenan tamat pada pukul 1.10 pagi tadi.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button