Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi

Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi

Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi

 

Antara pemimpin muda yang sering melakunkan watak terpaling Palestine adalah Ketua Penerangan PAS pusat, Fadhli Shaari.

Dalam isu panas Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menjual saham kepada syarikat Black Rock, Fadhli bersuara dengan cukup lantang mengecam keputusan tersebut.



Beliau menuntut supaya Anwar Ibrahim segera membuat penjelasan berhubung keputusan mengizinkan syarikat aset strategik negara dibeli oleh syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Fadhli tidak menolak bahawa perkara tersebut terjadi berikutan negara ditadbir dengan dasar dan polisi yang pincang hingga terjadi perkara-perkara sangat gempar.

“Bagaimana syarikat MAHB yang duk kawal airport kita, saham telah pun dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP)?”

“GIP merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu BlackRock?”



“Ini merupakan suatu perkara yang telah diumumkan secara terbuka.”

“Syarikat ini (BlackRock) merupakan pembekal senjata kepada rejim Zionis-Israel.”

“Macam mana negara boleh benarkan?”

“Syarikat MAHB ni sebuah aset strategik milik negara.”



“Tiba-tiba dibeli sahamnya dikuasai oleh GIP yang merupakan anak syarikat kepada syarikat di Amerika yang membekalkan senjata kepada Israel.”

“Malaysia pada hari ini dalam keadaan kitalah kononnya terpaling Palestin.”

“Kitalah kononnya hebat untuk nak membawa (perjuangan) Palestine.”

“Macam mana negara boleh luluskan pembelian (MAHB oleh GIP) ini?, hujah beliau.



Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi (2)

Sebelum Anwar Ibrahim melayan tuntutan dari Fadhli, penulis berharap Fadhli dapat berikan penjelasan mengenai pelaburan Black Rock di Kelantan.

Benarlah, Black Rock bukan melabur terus dengan kerajaan PAS Kelantan.

Black Rock cuma melabur dengan ROHM Semiconductor dari Jepun.



Tetapi bukankah dengan membenarkan ROHM Semiconductor menjalankan operasi di Kelantan juga bermaksud memberikan keuntungan kepada Black Rock?

Atau mungkin ada dalil dari PAS yang mengatakan kalau ianya memberikan keuntungan kepada PAS, maka ianya halalun tayibban.

Tapi kalau tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada PAS, maka ianya adalah haram.

 



Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button