Vietnam sasar pasaran halal

Vietnam sasar pasaran halal

Vietnam sasar pasaran halal
GAMBAR hiasan. Pemandangan di Hanoi pada 21 November 2021. FOTO AFP

Hanoi: Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam komited untuk membangunkan rangka kerja perundangan yang menyokong kerjasama antarabangsa dalam membangunkan industri halalnya.

Ini termasuk rundingan dan menandatangani perjanjian perdagangan serta memudahkan perkongsian dengan organisasi dan pengedar di Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor Agensi Berita Vietnam.

Kementerian itu juga menggesa entiti berkaitan untuk meningkatkan pengedaran produk Vietnam yang disahkan Halal bagi memenuhi keperluan pengeksport, sambil menggalakkan peningkatan pengeluaran dan keupayaan eksport.



“Syarikat-syarikat Vietnam dinasihatkan supaya proaktif mendapatkan pensijilan Halal untuk pasaran yang sesuai, membangunkan produk yang mematuhi piawaian Halal tertentu dan melabur dalam mempromosi jenama yang kukuh untuk menguasai bahagian pasaran (Halal) yang menguntungkan ini,” menurut kementerian itu.

Pakar melihat peluang keemasan bagi Vietnam meneroka pasaran Halal yang semakin berkembang pesat, didorong oleh peningkatan populasi Islam global, menurut laporan itu.

Nguyen Tuan dari Pusat Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan Bandaraya Ho Chi Minh berkata ekonomi Halal global dijangka mencecah kira-kira AS$10 trilion menjelang 2027.

Vietnam sasar pasaran halal




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button