PAS Mula Tunjuk Taring Kepada PPBM

PAS Mula Tunjuk Taring Kepada PPBM

PAS Mula Tunjuk Taring Kepada PPBM

 

Dari status diterajui oleh PPBM dalam gabungan parti Perikatan Nasional, kini PAS mula memberikan mesej bahawa mereka lebih layak menerajui Perikatan Nasional berbanding PPBM.

Penulis berpendapat, PAS mempunyai asas yang cukup kukuh untuk merasakan sedemikian.



PAS mempunyai 4 kerajaan negeri yang didominasi oleh pemimpin mereka.

Manakala PPBM pula hanya sekadar penumpang di ke empat-empat kerajaan negeri tersebut.

PAS mempunyai lebih dari 40 kerusi ahli Dewan Rakyat, meninggalkan jauh parti PPBM.

Memburukkan keadaan apabila 6 ahli Dewan Rakyat PPBM mengubah haluan apabila menyatakan sokongan kepada kerajaan sekarang.



Dalam isu dalaman parti pula, PAS dilihat lebih stabil berbanding PPBM.

Kini ahli PPBM kini semakin lantang mendesak agar kepimpinan utama PPBM ditukar.

Benar, ada juga pemimpin PAS yang kini sedang bergelut dengan kes-kes mahkamah.

Tetapi ianya hanya membabitkan pemimpin di peringkat negeri.



Tetapi PPBM mempunyai pemimpin di peringkat pusat yang kini sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Jadi, sudah kena pada masa dan suasana sekiranya PAS diberikan peranan utama dalam kepimpinan Perikatan Nasional.

Berkaitan dengan kemungkinan berlaku pilihanraya kecil di 6 kerusi parlimen dan satu pilihanraya kecil di peringkat DUN, PAS mula memberikan mesej yang jelas kepada PPBM.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, berkata PAS bersedia meletakkan calon bagi enam kerusi parlimen dan satu kerusi DUN sekiranya berlaku pilihan raya kecil.



Tidak seperti di pilihanraya kecil Kuala Kubu Bahara di mana PAS memberikan laluan kepada PPBM.

PAS dilihat lebih ghairah untuk meletakkan calon mereka kali ini walau pun sedar kesemua kerusi tersebut disandang oleh PPBM.

Dalam memberikan respon terhadap kenyataan tersebut, ahli MPT PPBM, Ronald Kiandee, mengingatkan PAS, dari segi kelazimannya keutamaan pencalonan diberikan kepada penyandang kerusi.

Dalam artikata lain, PPBM memberikan mesej, mereka tidak bersedia untuk memberikan laluan kepada PAS.



Sama-sama kita tunggu, apa pula reaksi pemimpin PAS dari kenyataan Ronald Kiandee.

 

PAS Mula Tunjuk Taring Kepada PPBM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button