Mekanik ditahan, tanam janin bagi sembunyikan kelahiran

Oleh – Syeikh Baran


Mekanik ditahan, tanam janin bagi sembunyikan kelahiran
Gambar Hiasan

Bukan hanya memberi pil kepada teman wanitanya sehingga keguguran, seorang mekanik kemudian tergamak menanam janin itu bagi menyembunyikan kelahiran.

Tindakan suspek berusia 21 tahun itu akhirnya terbongkar sebelum berjaya ditahan polis di Taman Tasik Puchong susulan laporan dibuat pihak hospital.



Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan berkata, suspek ditahan di Taman Tasik Puchong kira-kira pukul 7.30 petang.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebatang cangkul yang digunakan suspek untuk menanam janin berkenaan.

“Kami menerima laporan polis dari sebuah hospital mengenai seorang perempuan berusia 19 tahun yang menerima rawatan akibat keguguran.

“Soal siasat mendapati, wanita berkenaan adalah kekasih suspek. Malah, siasatan lanjut juga mendedahkan wanita itu mengalami keguguran selepas memakan pil diberikan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya hanya menahan suspek memandangkan teman wanitanya masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button