Geng curi Toyota Hilux di Negeri Sembilan tumpas

Oleh – Syeikh Baran


Geng curi Toyota Hilux di Negeri Sembilan tumpas
KENDERAAN pacuan empat roda jenama Toyota Hilux dan Toyota Harrier yang dirampas daripada suspek dalam Ops Lejang Khas Hilux. -Foto PDRM

Kegiatan sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri kenderaan pacuan empat roda di sekitar Negeri Sembilan tumpas dengan penahanan empat suspek, Selasa lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 30 hingga 43 tahun itu ditahan dalam ‘Op Lejang Khas Hilux’ di kawasan Cheras dan Sungai Buloh, Selangor.



“Modus operandi kumpulan ini ialah menyasarkan kereta Toyota Hilux yang diletakkan di kawasan perumahan dan menggunakan alatan khas untuk menghidupkan enjin kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya merampas sebuah Toyota Harrier dan sebuah Toyota Hilux disyaki dicuri suspek terlibat.

“Semakan rekod jenayah mendapati kesemua suspek mempunyai 54 rekod lampau melibatkan jenayah curi kenderaan, pecah rumah serta terlibat aktiviti penagihan dadah,” katanya.

Jelas Ahmad Dzaffir, dengan tertangkapnya kumpulan penjenayah tersebut pihak polis berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes curi kenderaan melibatkan dua kes di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, dua kes di IPK Selangor dan satu kes di IPK Kuala Lumpur melibatkan kerugian RM750,000.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button