Netizen Indonesia geram, serang akaun sosial gadis Malaysia

Oleh – Syeikh Baran


Netizen Indonesia geram, serang akaun sosial gadis Malaysia
Intan memuat naik hantaran di TikTok yang mengkritik Jakarta sebagai kota raya kotor. – TikTok

Seorang pelancong dari Malaysia mengundang kecaman netizen Indonesia selepas memuat naik video di platform TikTok yang mengkritik kota Jakarta, lapor portal berita Okezone semalam.

Dalam klip videonya, gadis bernama Intan Nurliana itu mengkritik beberapa perkara mengenai ibu kota Indonesia tersebut.



Antaranya adalah dia menyesal berkunjung ke Jakarta kerana pada  pandangannya, Jakarta merupakan  kota raya yang kotor.

Kata  Intan, setiap perkara daripada kulinari, persekitaran hinggalah kepada hotel penginapannya adalah kotor.

“Kalau tak datang ke Jakarta, saya takkan tahu. Tanggapan pertama kami: kotor. Kami makan di restoran tetapi tetap kotor. Cawan berkulat, nasi semacam ada ulat,” kata gadis itu dalam hantarannya.

Intan turut menyifatkan lorong di hotel tempat dia menginap kotor dan tikus sebesar seekor kucing berkeliaran di situ.



Hantaran tersebut mengundang kecaman netizen Indonesia yang mula ‘menyerang’ akaun media sosial Intan.

Ada dalam kalangan mereka menyifatkan Intan  pelancong bajet rendah yang tidak mampu pergi ke tempat-tempat mewah di Jakarta.

“Bajet pun rendah, ada hati mahu ‘review’ Jakarta. Bagi sahaja sumbangan kepada dia supaya dia dapat masuk Plaza Indonesia (pusat beli-belah),” kata seorang netizen.

Sementara itu, disebabkan tidak tahan ‘diserang’ Intan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan maksud kata-katanya serta meminta agar dia tidak diganggu.



“Saya silap tetapi tidak perlu sampai 900 orang menghantar mesej kepada saya. Saya sudah memuat naik video permohonan maaf tetapi ia dipadam oleh TikTok.

“Tolong berhenti menyerang saya. Saya hanya memberitahu fakta semasa saya pergi ke Indonesia,” katanya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button