Saingan sengit Naib Presiden Umno

Azalina bakal Naib Presiden wanita pertama?

Oleh – Bakhtiar Omar


Saingan sengit Naib Presiden Umno

 

Saingan sengit boleh dijangkakan menjelang pemilihan Umno yang akan diadakan tahun ini. Ini termasuk saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno yang dikhabarkan menarik minat banyak pihak.

Antara nama-nama yang dikatakan akan bersaing merebut kekosongan Naib Presiden ialah – Johari Ghani, Azalina Othman, Azeez Rahim, Shamsul Anuar Nasarah, Zambry Kadir, Mahdzir Khalid, Khaled Nordin, Sulaiman Ali, Hasni Mohammad.

Bagaimanapun sehingga hari ini belum ada keputusan atau sebarang kenyataan rasmi dari nama-nama yang disenaraikan samada mereka mahu bertanding atau tidak.

Turut mengintai saingan ialah Wan Rosdy Wan Ismail, namun beliau dikatakan lebih mahu fokus kepada Pahang bagi menguatkan kembali Umno Pahang dan enggan dikaitkan dengan sebarang kontroversi bagi menjaga keharmonian parti.

Jika melihat senarai nama yang dikatakan akan bersaing, kemampuan nama-nama yang disebut telah teruji dalam dunia ‘sepak terajang’ politik tanahair.

Namun demikian, ada yang berpendapat, mereka yang telah ditunjukkan ‘jalan keluar’ pada PRU15 perlu akur mereka tidak lagi popular dalam parti sebagaimana berlaku ketika menjadi calon PRU.

TIDAK MALUKAH KALAH PRU TETAPI MASIH RASA DIRI POPULAR?

 

Mereka yang bersaing ini juga antara yang menjadi tumpuan Perwakilan namun perkara pertama yang dipertimbangkan ialah ‘papan cai’ mana yang akan mereka ikuti.

Samada mengikut ‘papan cai’ lama atau mengikut ‘papan cai’ yang akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Ini situasi yang agak rumit kerana kesilapan memilih ‘papan cai’ akan menyebabkan peluang menjadi Naib Presiden Umno terjejas.

Ramai menunggu keberanian calon-calon yang mahu merebut jawatan Naib Presiden tampil menyatakan penawaran mereka tetapi seperti lazimnya, semua akan tampil saat akhir selepas mengambil kira keseluruhan ‘papan cai’.

Sebenarnya ramai yang takut akan menjadi sasaran serangan awal jika tampil lebih awal menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden. Pepatah ada berkata – “jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”.

Sebagai orang yang telah ranum dalam politik, tiada istilah takut atau menanti ‘papan cai’ sekiranya benar-benar mahu berkhidmat kepada parti dan ahli.

Cuma jangan pula menjadi Naib Presiden Umno tetapi di kawal oleh orang luar dari Umno dan memgikut jejak mereka yang dilihat seolah menjadi ‘HAMBA TEBUSAN’ kepada individu tertentu di luar parti.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker