Dikecam guna Bahasa Malaysia, pemuda pertahan video Sugu Pavithra

© Provided by Projek MM S.Pavithra, 28, (kanan) bersama suaminya M.Sugu, 29, ceria ketika merakamkan video masakan menu Nasi Beriani di kuarters Ladang Ephil. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Mei ― Video masakan India oleh pengguna YouTube “Sugu Pavithra” baru-baru ini menjadi kegemaran ramai di media sosial.

Melihat pasangan S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, lincah memasak di dapur, warga maya juga tertarik melihat dapur dan perkakasnya sentiasa bersih dan kemas.

Namun seorang pengguna Twitter mendakwa ada pihak yang tidak berpuas hati pasangan itu berkongsi resepi menggunakan bahasa Malaysia dan mengaitkannya dengan diskriminasi kaum.

“Kenapa ada orang India beritahu Sugu Pavithra jangan kongsi resepi kepada bukan India? Sebab mereka hidup dalam masyarakat yang toksik.



“Kita diajar dari kecil supaya menjaga warisan kita. Ketika tidak mendapat sepatutnya, mereka fikir ‘mereka mahu hak kita tapi pinggirkan kita’,” catat Arveent Srirangan Kathirchelvan.

 

Arveent Srirangan Kathirtchelvan @ASK_Liberasi

Why are Indians telling Sugu Pavithra not to share her recipes to non-Indians? Coz that’s the sick society we live in. We are taught since young that we should protect what’s ours. Especially when treated like lesser-thans, they think “They want what we have but don’t want us”.



1,702 people are talking about this

Pemuda itu berkata Pavithra berhak memuat naik apa sahaja kandungan dan gembira melihat ramai yang suka dan menyokongnya.

Hantaran Arveent mendapat sokongan ramai, rata-ratanya menghargai Pavithra dan Sugu memuat naik video masakan menggunakan bahasa Malaysia.

“Saya suka video mereka dan terima kasih kerana selama dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan, saya teringin makanan India. Saya cuba buat dhal dan rasam tapi tak menjadi, sehinggalah saya jumpa saluran YouTube mereka.



“Melihat kepada komen-komen saya jadi sedih,” catat @antihatespeach.

“Saya dah tahu resepi kuih kacang kuda dengan kentang, resepi puri dan macam-macam lagi. Video makanan adalah perkara terakhir yang saya fikir isu sebegini timbul.

“Makanan, muzik dan sukan sepatutnya menyatukan semua. Resepi makan pun mahu gaduh ke,” balas NoOneYouKnow.

Pasangan yang menetap di kuarters ladang kelapa sawit di Sungai Siput, Perak itu sehingga kini mempunyai 415,000 pelanggan YouTube, sekaligus memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button