PRK N23 CHINI – SPR TETAPKAN PADA 4 JULAI 2020, SOP CEGAH COVID19 SEPANJANG KEMPEN

Hebahkan !!!

 

Pilihanraya Kecil Pertama Pasca Covid19, Ujian Buat Parti, Petugas Dan Calon Yang Bertanding

 

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya hari ini telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi mengisi kekosongan N23 Chini pada 20 Jun 2020 manakala tarikh pengundian awal pada 30 Jun 2020. Hari mengundi pula ditetapkan pada 4 Julai 2020 dan tempoh berkempen adalah 14 hari.

Menurut data mutakhir SPR seramai 20,990 pengundi berdaftar sehingga Mei 2020 sebagai pengundi Dun Chini berbanding 21,251 pengundi berdaftar pada 2018. Spr juga akan membuka sebanyak 66 saluran undi bagi mengelak kesesakan di setiap saluran memgundi memandangkan pandemik covid19 belum berakhir sepenuhnya.

Sepanjang tempoh berkempen, SPR akan menggunakan garis panduan (SOP) yang ditetapkan samada PKP, PKPB atau PKPD untuk meminimumkan risiko petugas, jentera kempen dan orang ramai terhadap jangkitan Covid19.

Semalam Gandingan BN dan PAS telah bersetuju meletakkan calon BN bertanding di kerusi tersebut dan Muafakat Nasional akan digunapakai untuk kempen PRK Chini. Kini hanya menanti langkah dari Pakatan Harapan samada mahh meletakkan calon atau tidak. Sebagai rekod, pada Pru14 Dun Chini dimenangi BN dengan majoriti 4,662 menewaskan 2 calon lain.

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: