Skuad takraw Terengganu dijangka gugur 5 pemain ke SUKMA

KUALA TERENGGANU: Pasukan sepak takraw Terengganu akan menggugurkan lima daripada 20 pemain untuk membawa cabaran skuad berkenaan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor pada tahun depan.

Jurulatihnya, Futra Abdul Ghani, berkata setakat ini peluang buat semua pemain masih lagi terbuka untuk mereka merebut tempat dalam pasukan susulan penangguhan SUKMA sehingga Mac.

Katanya, tiada istilah pilih kasih sebaliknya prestasi semasa adalah faktor utama pemain dipilih membarisi skuad yang bakal membariskan 60 peratus muka baharu.

“Seramai 20 pemain ketika ini sudah dalam senarai dan hanya 15 akan dibawa ke Johor menerusi acara double, berpasukan dan regu. Sekembalinya mereka ke gelanggang latihan nanti selepas berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akan menilai semula prestasi setiap seorang.



Terengganu sebelum ini adalah pemenang pingat emas pada temasya SUKMA di Perak pada 2018 dan Sarawak 2016

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker