ADUN Jeneri, Menteri Besar Kedah baharu ganti Mukhriz

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

 

Katanya, pelantikan itu adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah Ke-14 akan diadakan pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1441 Hijrah di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di Wisma Darul Aman,” katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi tadi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan Iain selaras dengan Perkara 37 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker