Ahli perniagaan berpangkat Datuk maut, kereta terbabas dalam belukar

PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk maut selepas kereta BMW yang dipandunya dipercayai terbabas di Kilometer 10, Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran Binaraju Sdn Bhd di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Datuk R Rajasegaran, 45, ditemui pada jam 10.30 pagi oleh polis peronda ketika melalui jalan itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ahli perniagaan itu memandu kereta BMW berwarna hitam dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson ke arah Lukut.

“Apabila sampai di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan belukar berhampiran sebuah premis perniagaan Binaraju Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Aidi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Sebelum ini, isteri mangsa membuat satu laporan polis pada Khamis (14 Mei) atas kehilangan suaminya.

“Mayat Mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson bagi tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan berkenaan,” katanya.

Aidi Sham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker