Usah kaitkan dengan parti

KOTA KINABALU: Kepimpinan Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Kota Belud menyerahkan sepenuhnya siasatan kes penahanan ketua bahagian itu kepada pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Wira Kota Belud, Mohd Khidir Lamsil, berkata walaupun perkara itu amat mengejutkan jawatankuasa Wira Bahagian, mereka menegaskan kepimpinan terbabit tidak terjejas dengan isu berkenaan.

“Kami berikrar akan terus berkhidmat kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara terutamanya ketika sedang berlawan dengan wabak COVID-19.

“Apapun, sebagai ahli parti, kami mohon ia tidak dikaitkan dengan parti. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.



Mohd Khidir berkata, pada masa sama, sebagai sahabat seperjuangan, mereka akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada ketua wira bahagian berkenaan.

“Sehingga mendapat hasil keputusan siasatan sepenuhnya, marilah kita doakan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Katanya, selain positif dadah, dalam penahanan jam 9.48 malam Sabtu lalu itu, polis turut menemui 0.11 gram syabu dianggarkan bernilai RM50 di dalam kenderaan suspek.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker