PEMANDU REMPUH TAPAK PERNIAGAAN DITAHAN POLIS

 

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=MHJNiBVsNNs[/embedyt]

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dikesan memandu secara melulu, dipercayai di bawah pengaruh alkohol di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, tindakan suspek berusia 30-an berkenaan turut mengakibatkan dua lelaki cedera di lokasi kejadian.

“Pemandu sudah ditangkap selepas didapati memandu kenderaan secara melulu.

“Polis masih berada di tempat kejadian untuk jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu.

Sumber – BERITA HARIAN ONLINE

Kenderaan berkenaan turut dilihat merempuh gerai makanan di lokasi terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker