Ayuh Gerakkan Perdamaian Nasional Demi Rakyat – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Sudah tiba masanya, ahli-ahli politik tidak kira mewakili parti mana sekalipun melakukan gencatan politik untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan rakyat, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, mungkin inilah saat terbaik semua pihak bersama-sama meletakkan perbezaan yang ada ke tepian, demi memberikan penumpuan kepada Agenda Perdamaian Nasional (National Reconciliation).

“Yang dimaksudkan dengan Agenda Perdamaian Nasional ini bukanlah bermakna kita mencairkan identiti mahupun ideologi perjuangan parti masing-masing.

“Sebaliknya Agenda Perdamaian Nasional ini memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan yang tajam dalam soal perebutan kuasa.



“Segala kudrat, kecerdasan minda dan sumber daya yang ada digemblengkan bersama untuk mendatangkan formula terbaik bagi membantu rakyat yang dihimpit segala keperitan lantaran dampak COVID-19 yang kian mencengkam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas Dr Asyraf lagi, Agenda Perdamaian Politik juga adalah manifestasi ketulusan kepimpinan setiap parti siasah untuk menzahirkan nilai perjuangan sebenar yang bukan hanya seputar perebutan takhta tetapi benar-benar untuk membantu rakyat.

“Perlu ada ‘political will’ (iltizam politik), ‘political commitment’ (komitmen politik) dan ‘political sincerity’ (kejujuran politik) yang jitu untuk menjayakan agenda ini secara bersama.

“Jangan nanti kita dihukum oleh rakyat yang semakin mual dengan sikap politikus yang berterusan berbalah isu-isu politik kuasa bagaikan tiada penghujung,” katanya.

Ulas Dr Asyraf, senario semasa benar-benar meresahkan semua.



“Kes COVID-19 kian meningkat, rakyat makin susah, ekonomi negara makin menguncup, pengangguran makin memuncak, ramai hilang punca pendapatan bahkan ada jatuh papa kedana.

“Ramai yang saya temui menyatakan kebimbangan dengan ‘unprecedented phenomenon’ atau fenomena unik yang tidak pernah dialami, namun begitu mencabar dan mengancam kesejahteraan semua,” katanya. – UMNO ONLINE

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker