Teman wanita turut direman

 

TEMAN wanita kepada pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang melanggar lima orang awam dan gerai bazar Ramadan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam, turut direman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, wanita itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan.

“Teman wanita suspek warga Myanmar berusia 25 tahun yang berada dalam kenderaan itu ketika kejadian turut direman selama 14 hari sehingga 6 Jun nanti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Fadzil berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 32 tahun bekerja sebagai pengedar tayar.

Pemandu itu direman selama lima hari sehingga 27 Mei.

“Permohonan reman pemandu itu yang bekerja sebagai pengedar tayar berusia 32 tahun dipohon di hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruddin sebelum ini dipetik berkata, tindakan suspek memandu secara melulu akibat tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sisi keretanya semasa dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar, Bukit Sentosa.

Kejadian itu juga menyebabkan lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun mengalami kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, setakat ini, dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan itu mengalami kerosakan akibat dilanggar kenderaan dipandu suspek.

Suspek juga dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button