PM Singapura ucap Selamat Hari Raya kepada pemimpin Malaysia, Brunei, Indonesia

SINGAPURA, 24 Mei — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari  ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran republik itu termasuk Malaysia, menurut  Pejabat Perdana Menteri.

Lee menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat daripada Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah; dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata Lee mengulangi betapa pentingnya persahabatan beliau dengan pemimpin berkenaan, dan menyokong penuh kerjasama erat yang terjalin antara negara berjiran berkenaan dan rakyatnya.



Beliau juga mahu bekerjasama dengan mereka untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dalam tempoh pandemik COVID-19, dan meneruskan serta memperluas bidang kerjasama sehingga wabak COVID-19 berjaya dikawal, katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker