WEE KA SIONG KOMITED TANGANI ISU PEMANDU MABUK



Menteri Pengangkutan Serius Tangani Isu Pemandu Mabuk

Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk, malah sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-maut-dilanggar-pemandu-mabuk-melawan-arus-di-kuantan-244329

Saya menggunakan kesempatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan dalam tempoh PKPB ini untuk berada di Pejabat Menteri Pengangkutan bagi meneliti semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 khususnya berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol / dadah / memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.





Justeru itu, pada 1 Jun 2020, saya akan memanggil satu sesi taklimat di MOT bersama JPJ untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan Akta berkaitan. Pindaan Akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambilkira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Soal selidik yang dijalankan oleh MOT melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdFO_IIrh6otCgdFLcr9p1-cggYWWfirK6bQu90AWdBhxFVaA/viewform

Sebagaimana kenyataan saya bertarikh 4 Mei 2020, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1583041865196645&id=1002345083266329 , saya akan bertindak dan komited demi pembelaan kepada mangsa korban dalam kemalangan maut dan juga menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa.

#MOTPrihatin
#DemiRakyat



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: