ANTARA CHEF SELEBRITI DAN USAHAWAN KOSMETIK SIAPA BAKAL CALON PAKATAN HARAPAN DUN CHINI?

Chef Wan Dan Aliff Syukri Antara Anak Peneroka Paling Layak Jadi Calon PH Di Dun Chini

 

Sesuai dengan gelaran Ikon Felda dan Anak Felda, Dun Chini adalah tempat paling sesuai untuk Pakatan Harapan menampilkan samada  Chef Wan atau Aliff Syukri sebagai calon mereka dalam PRK N23 Chini yang dijadualkan pada 4 Julai 2020.



Chef selebriti yang terkenal itu pernah memberitahu hasratnya untuk menampar muka Najib Razak ketika kempen PRK Cameron Highlands awal 2019 wajar diberikan ruang oleh PH untuk merealisasikan hasratnya. Redzuan Ismail atau Chef Wan merupakan Anak Felda Sg Koyan 2 yang kini bermastautin di Ibu Kota dan mempunyai perniagaan restoran yang agak eksklusif telah dipilih oleh FELDA sebagai Ikon Felda 2019 kerana kejayaannya sebagai Chef. Beliau juga pernah menyatakan golongan peneroka felda ibarat kucing yang hanya tahu beranak kerana menyifatkan peneroka hanya tahu minta dibantu kerajaan.

Sebagai Ikon Felda, sudah pasti Chef Wan akan membawa perubahan besar kepada Dun Chini sebagaimana yang beliau inginkan. Membawa pembaharuan dalam Felda pasti antara matlamatnya jika dicalonkan oleh Pakatan Harapan. Malah jika PH enggan mencalonkan Chef Wan mereka juga boleh memilih Dato Aliff Syukri yang juga merupakan Anak Felda Kechau Pahang. Sudah pasti PH mahu calon mereka dikenali ramai bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan. Dua individu yang ada kaitan dengan kehidupan Felda sudah tentu boleh memberi impak besar dalam kempen PRK Chini kali ini.

Aliff Syukri seorang pengusaha kosmetik terkenal juga mempunyai sejarah kehidupan dalam komuniti Felda. Jika dilihat dari segi populariti, Aliff lebih menonjol sekarang berbanding Chef Wan namun pencapaian Chef Wan tidak boleh dipandang rendah. Beliau bukan sahaja sebagai Ikon Felda malah beliau juga pengacara jemputan sebuah syarikat jualan langsung dalam talian di stesen televisyen swasta. Persamaan kedua mereka adalah stail percakapan dan kepetahan bila berbicara. Ini amat penting bagi PH untuk mendapat publisiti meluas bagi setiap kempen mereka.



Untuk Chef Wan pula, inilah peluang besar buat beliau menilai samada beliau benar-benar hebat atau terkenal kerana cara percakapannya sahaja seandainya dicalonkan PH. Beliau mesti membuktikan kemampuannya memalukan Najib Razak dengan kemenangan besar Dun Chini yang terletak bawah Parlimen Pekan. Moga Pakatan Harapan mencalonkan salah seorang dari 2 selebriti popular ini dalam Prk Dun Chini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button