Jenazah Ahmad A. Talib selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Anak bongsu kepada Tokoh Wartawan Allahyarham Datuk Ahmad A Talib, Al-Mu Syahrisyawal Ahmad mengimamkan solat jenazah ayahnya di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan malam ini

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Jenazah tokoh wartawan negara, Datuk Ahmad A. Talib selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kem Perdana Sungai Besi, di sini malam ini.

Terdahulu, jenazah Ahmad, 69, tiba Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan kira-kira 7.40 malam untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Solat jenazah diimamkan anak bongsu Allahyarham, Al-mu Syarisyawal Ahmad dan turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, serta ahli keluarga Allahyarham.

Solat jenazah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk pemakaian penutup hidung dan mulut, serta jarakan sosial antara jemaah.

Sejurus solat jenazah selesai, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan difahamkan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan berada di kawasan perkuburan, bagi urusan pengebumian.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 5.42 petang tadi, selepas bertarung dengan kanser hati.

Berita sedih pemergian bekas Pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) itu, dikongsikan oleh anak perempuan Allahyarham, Sophia Ahmad menerusi catatan di laman Facebook beliau.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker