COVID-19: PBB bantu negara membangun tangani cabaran perdagangan, pengangkutan

BANGKOK, 28 Mei — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu negara-negara membangun menangani cabaran yang dihadapi sektor perdagangan dan pengangkutan di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) berkata inisiatif itu akan memastikan sempadan dan rangkaian pengangkutan tetap beroperasi di samping memudahkan aliran pengangkutan barang serta perkhidmatan.

“Projek berkenaan memberi keutamaan penglibatan serantau dan kerjasama antarabangsa serta pertukaran pengetahuan dan amalan baik dari seluruh dunia,” tambah kenyataan itu.

Projek itu dilancarkan bulan ini, antara lain bertujuan melaksanakan penyelesaian, piawaian, garis panduan dan metodologi PBB untuk membantu negara yang dilanda COVID-19.

Inisiatif itu terdiri tiga kelompok termasuk tuntutan baharu yang muncul akibat COVID-19 mengenai operasi pengangkutan kargo rentas sempadan dan transaksi perdagangan.

Di bawah inisiatif terdapat tiga kluster utama termasuk menumpukan kepada penyelesaian tanpa sentuhan dan amalan baik dengan mengurangkan hubungan fizikal dalam kalangan mereka yang terlibat dengan rantaian bekalan rentas sempadan dengan mempermudahkan aliran barang tanpa menyebarkan virus.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker