PAK WAN KANTOI MENIPU KUARANTIN DI RUMAH AKHIRNYA MENGAKU JUMPA MAHATHIR

Menteri Jabatan Perdana Menteri Kantoi

Mungkin sudah pembawakan semasa dalam Pakatan Harapan terbiasa dengan tabiat ala manifesto PRU14, seorang Menteri akhirnya mengaku berjumpa Tun M semalam.

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusuf Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui perkara tersebut kepada wartawan. Sebelum itu tular video semasa sidang media Tun M di Ibu Pejabat BERSATU yang mirip Menteri tersebut hadir bersama seorang lagi Timbalan Menteri.



VIDEO DI IBU PEJABAT BERSATU

Tindakan Redzuan atau dikenali sebagai Pak Wan, memakan diri apabila satu kenyataan rasmi berkenaan sidang media menyatakan beliau berada di rumah menjalani proses kuarantin covid19. Nama Pak Wan antara yang dispekulasikan akan meletak jawatan bersama 2 lagi individu semalam. Bagaimanapun tiada sebarang perletakkan jawatan berlaku.

Persoalan mula berlegar mengenai sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin apabila Pak Wan berjumpa Tun semalam. Hanya Redzuan boleh menjawap segala persoalan dan jika beliau hilang keyakinan terhadap Muhyiddin, siapa lagi yang akan mengikuti jejak langkahnya?



Bagaimanapun Pak Wan menjelaskan pertemuan tersebut dan memberitahu beliau mendapat kebenaran khas MKN kerana negatif covid19. Beliau menyatakan tidak ada sebarang perbincangan peralihan sokongan daripadanya dan kekal bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button