15 ditahan melacur ketika PKP

ISKANDAR PUTERI: Seramai 15 individu termasuk 10 wanita warga asing ditahan dan dikompaun dalam Ops Noda di premis perniagaan Jalan Medan Nusa Perintis 7, Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, sembilan wanita warga Vietnam dan seorang warga Thailand.

Serbuan jam 2 petang oleh sepasukan Pegawai dan Anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri.

“Semua mereka berusia 21 hingga 49 tahun yang ditahan bersama pelbagai barangan digunakan dalam aktiviti pelacuran, direman 14 hari mulai hari ini hingga 13 Jun untuk membantu siasatan.

“Mereka juga dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker