Covid-19 Ragut lagi 623 nyawa di Brazil

SAO PAULO, 2 Jun  — Brazil mencatatkan sebanyak 623 kematian COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan korban terus meningkat kepada 29,937, lapor agensi berita Xinhua, memetik kementerian kesihatan pada Isnin.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TcNEyr41vy4[/embedyt]

 



Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 12,247 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 526,447 manakala 211,080 pesakit sembuh.

Sao Paulo, negeri terbesar di Brazil, merupakan pusat penularan wabak menyaksikan 7,667 orang terkorban dan 111,296 kes disahkan, mendorong pihak berkuasa melanjutkan sekatan pergerakan sehingga 15 Jun.

Negeri kedua paling teruk terjejas ialah Rio de Janeiro, sebanyak  54,530 kes dilaporkan dengan 5,462 kematian.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button