Jangan Berlengah, Pinda Undang-undang Hukum Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pihak berkuasa tidak lagi berlengah dan menangguhkan usaha meminda undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dengan hukuman yang lebih berat.

Katanya, rakyat sedang memerhatikan dan menilai prestasi kerajaan sedia ada dan sekiranya gagal melakukan yang sepatutnya, maka kerajaan bakal dihukum oleh rakyat kelak.

“Pada 4 Mei 2020 yang lalu saya ada menggesa pihak berkuasa agar meminda undang-undang sedia ada berkaitan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian kepada pihak lain yang tidak bersalah.

“Hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita menyayat hati apabila seorang lagi mangsa yang tidak bersalah telah dilanggar sehingga mati oleh pemandu mabuk,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.



Bidasnya, walaupun banyak peringatan telah dibuat oleh pihak berkuasa nampaknya ia langsung tidak memberi sebarang kesan.

“Saya harap pihak berkuasa tidak lagi berlengah dan menangguhkan usaha meminda undang undang bagi menghukum Pemandu Mabuk yang menyebabkan kematian dengan hukuman yang lebih berat,” katanya lagi.

Dilaporkan, dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi ini, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta, dipercayai dipandu lelaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan pemandu mabuk yang merempuh seorang penunggang motosikal itu didapati nafas suspek mengandungi alkohol melebihi had hasil ujian saringan menggunakan mesin evidential breath analyser. – UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker