Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

Susulan tular foto bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga, pihak Universal Music Malaysia tampil memberi kenyataan.

Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla



Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia iaitu Kim Lim mengesahkan bahawa persiapan untuk mendirikan rumah tangga adalah sebab utama Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mengundurkan diri.

Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla.



Dalam masa yang sama, pihak Universal Music Malaysia mengharapkan kenyataan tersebut dapat mengentikan segala khabar angin yang tersebar sebelum ini selain mendoakan kebahagian Syasya.

Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

Apa yang penting juga, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla.

Untuk info, sekitar awal bulan lalu, Syasya telah memaklumkan bahawa dia mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribadi.



Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button