MAHATHIR MASIH MAHU TEGAK ‘BENANG KERING’ UNTUK KEMBALI BERKUASA?
Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib
Tun Mahathir menjawap bagi membela dirinya mengenai sekeping foto dikediamannya yang tular di media massa dalam bentuk video. Dalam VIDEO tersebut Mahathir menyatakan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU, memang ada cadangan supaya mereka keluar dari Pakatan Harapan. Bagaimanapun menurut Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan tertinggi bersetuju memberi masa seminggu kepada beliau untuk memikirkan keputusan tersebut.
Bagaimanapun hujah Mahathir boleh mengenai masa yang diberikan kepadanya sangat mudah DISANGKAL KEBENARANNYA kerana berlaku kebocoran audio hasil keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya BERSATU keluar dari Pakatan Harapan. Dalam audio itu juga jelas Mahathir menyebut tidak menyokong Anwar Ibrahim dan tidak mahu bekerjasama lagi dengan DAP. Bagaimana Mahathir mahu menafikan semua itu apabila BERSATU telah mencapai kata putus pada 24 Februari 2020 seperti dimaklumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Mahathir dalam masa sama menggambarkan Muhyiddin mendesak beliau untuk bersetuju untuk BERSATU keluar PH namun beliau enggan menuruti kerana masih mahu berfikir tentang bagaimana BERSATU bekerjasama dengan sekutu lain untuk menjatuhkan Dato Sri Najib Razak. Malah Mahathir menyebut nama Najib berulang kali dalam video tersebut sedangkan Najib langsung tidak kelihatan dalam foto dikediamannya. Bagaimana Mahathir boleh mengaitkan apa yang berlaku sehingga kewujudan kerajaan hari ini berasbabkan Najib Razak? Najib bukan lagi Presiden Umno malah beliau tidak bersama Zahid semasa pertemuan beramai-ramai pemimpin parti politik termasuk Azmin Ali dan Presiden PAS. Acapkali Mahathir akan sebut nama Najib dalam ucapannya seperti Najib adalah mimpi ngeri buat beliau.
Dalam pada itu, Mahathir turut menyentuh mengenai dakwaan DAP menguasai PH semasa masih menjadi kerajaan. Mahathir mendakwa DAP tidak mampu menggugat pentadbiran beliau terutama dalam hal berkaitan kepentingan Melayu. Dendangan Mahathir kali ini jauh lebih sumbang apabila cuba menafikan pengaruh DAP dalam pentadbirannya. Nampaknya Mahathir semakin terdesak mencari sokongan Melayu untuk menampakkan dirinya bersih dan ini menepati apa yang Bekas Setiausaha Politik Mahathir, ZAHID MAT ARIP bongkarkan tempohari tentang kelicikan Mahathir mengatur perancangan tanpa namanya terbabit.
Satu persoalan penting yang Mahathir perlu jawap – benarkah DAP tidak mempengaruhi beliau selama menjadi PM Ke-7 sedangkan rekod pemerintahan menunjukkan sebaliknya mana tahu boleh terjumpa mana hilangnya DUIT RAKYAT untuk pembinaan Terowong Dasar Laut berserta kaitan kaitan lain? Siapa Menteri Kewangan yang Mahathir lantik? Bagaimana Mahathir mahu menjawap penjarahan yang berlaku terhadap aset aset negara selama 22 bulan? Nampaknya Mahathir hanya mahu kembali kerana tahu sekiranya terbongkar segala kebobrokan PH, maka harapan untuk legasi beliau mewarisi ‘Jawatan Peninggalannya’ akan terjejas dan sama sekali tidak berpeluang berbuat demikian kerana hilang ‘Tongkat Sakti’.