DATUK SERI UTAMA ALI RUSTAM DILANTIK TUAN YANG TERUTAMA MELAKA KE-7

Bergelar Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Ali Rustam

 

Bekas Ketua Menteri Melaka Ke-9, Datuk Seri Utama Haji Ali Rustam akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Melaka Ke-7 pada 5 Jun 2020. Istiadat Angkat Sumpah TYT dijangkakan akan berlangsung esok dihadapan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negeri.



Sejarah karier TYT Datuk Seri Utama Ali Rustam

  • Ketua Menteri Melaka 1999 – 2013
  • Timbalan Menteri Kesihatan 1996 – 1999
  • Timbalan Menteri Pengangkutan 1995 – 1996
  • Ahli Parlimen Batu Berendam 1995 – 1999
  • ADUN Bukit Baru 2004 – 2013
  • ADUN Paya Rumput 1999 – 2004
  • ADUN Sungai Udang 1990 – 1995
  • ADUN Ayer Molek 1986 – 1990

Mendapat pendidikan Universiti Sains Malaysia dan menjadi ahli politik dari usia yang agak muda. Dilahirkan pada 24 Ogos 1949 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. Menyertai Umno pada 1968 dan pernah menjadi Naib Presiden Umno pada 2004 – 2009.

Beliau menginspirasikan Melaka River Cruise dan menyumbang idea pembinaan Menara Taming Sari dan banyak lagi pembangunan Melaka semasa menjadi Ketua Menteri.

Sekalung tahniah diucapkan kepada TYT Datuk Seri Utama Ali Rustam atas perlantikan ini daripada  Sidang Pengarang my-tv.online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button