HANYA ‘KUDA TUA’ LAYAK SEBAGAI SENATOR?
TERSEPAK RANTING PUN KUDA TUA BOLEH TERGOLEK
Politik negara ditertawakan bila 3 individu dari 5 dalam senarai lantikan Senator merupakan muka kitar semula. Lebih menggelikan hati apabila ada antara mereka digelarkan ‘Katak’ kerana tiada prinsip politik.
Antara yang bakal dilantik sebagai Senator ialah Tan Sri Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad serta Zahid Md Arip. Zahid Mat Arip pernah bertugas untuk Dr Mahathir semasa pemerintahan Pakatan Harapan. Mudah benar mereka yang dikenali dengan gelaran ‘Katak’ mendapat tempat sebagai Senator. Persepsi rakyat pasti akan melihat lantikan ini kelemahan strategi politik Tan Sri Muhyiddin berdepan tentangan daripada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. Adakah mereka ini sebenarnya berada dalam senarai ‘Papan Cai’ Muhyiddin bagi menghadapi pemilihan Presiden BERSATU kelak?
Pastinya lantikan ini akan dijadikan kritikan mengenai pentadbiran Muhyiddin yang dikatakan mahu mengukuhkan kedudukannya sebelum Sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 13 Julai 2020. Bersatu yang berpecah kepada 2 kem akan saling berbalas serangan sekaligus memburukkan keadaan semasa. Pakatan Harapan menunggu masa sesuai bagi mengatur strategi serta dakwaan ‘pembelian’ sokongan dilakukan Muhyiddin bilamana usul undi tidak percaya telah diluluskan untuk dibawa ke Sidang Dewan Rakyat. Apakah sudah ketandusan bakat politik yang lebih energetik untuk mengisi kekosongan Senator hingga terpaksa memberi laluan kepada yang agak berusia? Jangan nanti pelbagai alasan diberikan bila tidak hadir ke Sidang Dewan seperti alasan pendingin hawa terlalu sejuk yang digunakan ahli parlimen Sepang.
Dr Puad Zakarshi turut mengulas lantikan Senator dalam facebook beliau.
“Mereka hidup sepanjang zaman kerana pandai bermain wayang sepanjang zaman. Rais Yatim dan Radzi bermula dari Umno kemudian Semangat46 masuk Umno masuk Bersatu akhirnya masuk Bersatu 2.0, Zahid pula dari Umno masuk PKR kepada Umno kepada Bersatu akhirnya masuk Bersatu 2.0.
Senangnya mereka dapat jawatan. Kalau nanti dilantik Menteri, Timbalan Menteri atau boss GLC lagi gila babi dibuatnya. PPBM memang lubuk untuk kaki lompat dan main wayang”
Rata-rata rakyat terkejut dengan perlantikan mereka namun akur kerana senarai nama tersebut merupakan lantikan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.