Presiden Amerika Di saman.
Sekumpulan Penunjuk perasaan yang berdemonstrasi di luar Rumah Putih di Lafayette Park pada 1 Jun lalu telah bertindak menyaman Presiden Donald Trump. Dalam dokumen tersebut, para penunjuk perasaan mendakwa pihak berkuasa telah bertindak mengunakan kekerasan berlebihan terhadap orang ramai dan ini melanggar hak perlembagaan mereka, termasuk kebebasan berhimpun di bawah Pindaan Pertama dan hak mereka untuk bebas dari kekuatan berlebihan di bawah Pindaan Keempat.
Para penunjuk perasaan juga mendakwa Pentadbiran Trump kemudian berbohong mengenai jumlah dan jenis kekuatan yang digunakan untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.
Menurut saman itu, para penunjuk perasaan mahu injunksi yang membolehkan mereka menggunakan hak mereka untuk memprotes tanpa rasa takut dan akses ke Taman Lafayette, yang sejak itu ditutup oleh pagar.
David Pregasam
[email protected]