China sedia bekerjasama dengan ASEAN bangunkan vaksin COVID-19 – Duta
HANOI, 12 Jun — China bersedia bekerjasama dengan ASEAN dalam penyelidikan dan untuk membangunkan vaksin COVID-19, kata Duta China untuk ASEAN Deng Xi Jun pada Rabu.
Kedua-dua pihak sebelum ini pernah mengadakan kerjasama anti-wabak sejak pandemik itu mula melanda rantau ini, mendorong persetujuan serantau mengadakan tindak balas kolektif secara lebih padu, di samping memperkukuh hubungan perdagangan antara ASEAN dan China.
Terdapat potensi besar untuk ASEAN dan China bekerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan penghasilan vaksin COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri 10 negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
— BERNAMA